Monday, November 1, 2010
Kemenangan Pas hampir pasti.
Pertembungan Pas dan Umno di dun Galas hampir pasti akan dimiliki oleh Pas kerana mengikut pandangan penulis kecenderungan pengundi dibantu oleh kebebalan jentera kerajaan yang menekan pas menimbulkan simpati pengundi pada parti Pas.Apala duit tambang dikira rasuah..sejah berpuluh tahun semua parti memberi dan mempunyai peruntukan untuk pengundi luar balik mengundi di katakan rasuah pula. Bendera pakatan tak bleh dinaikkan lagi la menambah marah...
Peringatan kepada ahli PKR.
Pemilihan pucuk pimpinan Timb. Presiden PKR yang berlangsuang sekarang amatlah sengit anta Yb.azmin Ali dan Datuk.Zaid Ibrahim , di sini aku ingin zahirkan bahawa aku menyokong Yb.Azmin Ali 100%. Pasal apa aku sokong Yb. Azmin??
Korang perhatikan gaya kepimpinan dan corak susun atur politik beliau yang tersusun kemas dan seorang pemimpin yang penuh visi. Mungkin sesetengah orang menganggap beliau seorang mat skema dgn gaya yang kemas mirip kepada budaya gerombolan tapi perlu di ingatkan disini, antara Azmin dan Zaid siapakah yang ditakuti UMNO????
Kalau zaid pegi ceramah ada tak polis pegi halang???tapi kalau azmin naik pentas habis rostrum speker dan kerusi diangkut??Kenapa??Pasal gerombolan takut pada suara Azmin. Di sini korang boleh tengok siapakah bakal pemimpin yang akan memperjuangkan keadilan kita. Usah terpengaruh dengan cerita kedai kopi azmin itu dan ini,persengketaan dgn Yb khalid ibrahim dan ketamakan azmin untuk menjadi MB hanyalah satu cerita rekaan untuk menjatuhkan Azmin,untuk membunuh kerektor beliau kerana Azmin di yakini akan menjadi pemimpin baru untuk para pejuang keadilan di Malaysia menuntut keadilan.
Kepada semua ahli PKR harap berfikir lah secara matang dan professional kerana yang anda ingin lantik sekarang ialah bakal ketua yang akan memperjuangkan parti Keadilan. Bukan ragu pada zaid ibrahim tapi zaid tidak sesuai untuk membawa parti keadilan kedepan.
Azmin keperluan untuk malaysia,infact...setiap segi dalam pakatan amat perlu.kita bukan demokrasi AF.kita mau pilih yang kuat,bijak,berani,tak tipu,tak cuak.kita perlu wibawa beliau,pengetahuan beliau .Semoga selepas ini,demokrasi akan semarak di bumi tumpah darah aku.
Belum terlambat lagi untuk anda semua mengundi Azmin.
Hidup Azmin.

Thursday, September 30, 2010
Gendang Sudah di Palu!
Di petik dari harakahdaily
Galas: Razaleigh bijak berpolitik
Khairul Azlam Mohmad
KUALA TERENGGANU, 29 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang yang bijak berpolitik menjelang pilihan raya kecil Dun Galas.
“Saya rasa Tengku Razaleigh orang yang bijak berpolitik. Biasanya, dia pandang pada suasana dan realiti,” ujarnya pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Beliau pada umumnya melihat ramai tokoh veteran Umno kini sudah bersama-sama dengan PAS khususnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Ini, katanya kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada Umno.
Begitupun, beliau tidak menafikan pengaruh Razaleigh sebab Dun Galas termasuk dalam kawasan parlimen Gua Musang yang merupakan kubu Umno.
“Tetapi Tengku Razaleigh sendiri pun insya Allah, akan memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas akan datang ini,” ujarnya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menaruh harapan para pengundi bertambah yakin kepada PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas nanti walaupun pertama kali PAS menang di situ pada pilihan raya umum lalu.
“Saya rasa selepas kita menang ini, perkhidmatan wakil rakyat itu orang boleh kenal, khususnya wakil rakyat PAS (Allahyarham Chek Hashim) berkhidmat dengan baik di sana (Galas) dan kerajaan negeri Kelantan pun memberi suatu perkhidmatan yang baik,” katanya.
Ini, katanya akan menambahkan keyakinan para pengundi kepada PAS.
“Insya Allah, kita akan sama-sama mempertahankan Dun Galas sehingga kekal menjadi milik PAS dalam pilihan raya kecil akan datang. Kita harap dapat majoriti yang lebih besar, insya Allah,” ujarnya.
Beliau turut mengalu-alukan jika Umno tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dun itu kerana parti itu sudah tidak berfungsi di Kelantan.
“Saya tidak mengharapkan (Umno tidak bertanding) tetapi jika Umno BN tidak mahu bertanding, kita mengalu-alukan,” katanya.
Ketika ditanya jika ada pertandingan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit, beliau berkata kemungkinan pandangan bukan orang politik membazir tetapi bagi Umno, mereka mahu mencuba kekuatan PAS di Kelantan.
“Kita menunggu sahaja,” katanya.

Ayuh Warga peneroka. Orakkan Langkahmu..Tunjukkan Pada Malaysia Peneroka Tidak Bodoh.
Dipetik dari harakah daily
Tanam semula: Peneroka patut tuntut RM17,000
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berpendapat, lebih 11,000 peneroka yang mematuhi prosedur Felda sepatutnya menuntut bayaran tanam semula masing-masing.
Menurut pengerusinya, Mazlan Aliman, Mahkamah Tinggi Kuantan semalam telahpun memutuskan bahawa 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 berhak mendapat bayaran RM1,700 seekar.
"Penanam secara sendiri kelapa sawit (membabitkan) lebih kurang 11 ribu orang, lebih tujuh hingga lapan tahun mereka keluar modal sendiri dengan ikut semua prosedur Felda.
"Dengan kemenangan yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi ini membuktikan (bahawa) apa yang diperjuangkan oleh peneroka adalah betul dan Felda wajar menunaikan janji," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau turut menasihatkan Felda supaya memulangkan semula hak pampasan sebanyak RM23,800 untuk 14 ekar tanah kepada setiap peneroka yang terbabit menyaman Felda.
Malah, katanya Felda sepatutnya turut membayar RM17,000 kepada 11,000 peneroka yang mengikut prosedur Felda memandangkan mereka turut terbabit dalam aktiviti tanam semula sawit di 10 ekar tanah masing-masing.
"Saya minta Felda tunaikan janji-janji mereka kepada peneroka-peneroka lain yang ikut prosedur Felda dan layak mendapat hak masing-masing (bayaran tanam semula)," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat.
Sebelum pada itu, beliau menganggap kemenangan 10 peneroka terbabit adalah pertolongan daripada Allah Taala.
"Lebih 15 tahun kita perjuangkan, akhirnya diberi kemenangan oleh Allah SWT," ujarnya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam Hanipa Maidin kerana berjuang memulangkan semula hak peneroka terbabit.
Beliau berharap, kemenangan dalam kes peneroka saman Felda itu mampu menjadi rujukan bagi peneroka Felda-Felda lain kelak.

Tuesday, September 28, 2010
Mari kita rayakan pesta pilihanraya Dun Galas.

Galas merupakan dun di dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh YBM. KuLi dan mempunyai dua lagi dun yang dikuasai UMNO/BN iaitu Nenggiri dan Paloh. Pilihanraya kali ini sangat menarik dan akan sangat sengit.Antara 1 Malaysia,YBM Kuli,Perkasa dan Pakatan Rakyat. Disini akan kedengarantawaran you help me i help you!!!!Jambatan,projek mee segera atau apa - apa saja janji bakal kedengaran. Ketuanan melayu bakal menggegar di kawasan yang majoritinya orang Melayu, iaitu hampir 95%. Pas dengan slogan Islam dan negara berkebajikannya. Perang pilihanraya ini bukan saja perang antara UMNO VS PAS tapi juga menguji kesetiaan KuLi dan komitmen KuLi pada tuntutan royalti rakyat kelantan pada kerajaan pusat. Pilihanraya ini juga dapat menguji kekuatan
Disinilah menariknya pilihanraya kecil kali ini,di harap zulkifli nordin pejuang islam,zah hujan dan geng-geng lompat katak tu semua berkampong di dun galas. So apa lagi rakyat galas jom merayakan pesta ini,naikkan sewa rumah,jual air mineral rm2.00 sebotol pon pasti laku pasal seluruh malaysia akan bertumpu disana. Pilihanraya Menjana Ekonomi Rakyat..So di harap perbanyakkkan lagi Pilihanraya kecil samaada dengan meletak jawatan atau menjemput kematian kerana ini adalah jasa besar YB kepada rakyat dikawasan mereka.So bila lagi pak pak katak nak letak jawatan???dan pengaruh Perkasa sama ada bleh pakai ke bleh masuk tong sampah lepas ni. Mahathir pon bleh la tumpang sebakul tuk berkempen kat sana nanti.Ayuhhhhhhhh!!!!!!!
Al-Fatihah untuk Allahyarham Yb. Galas

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di di Hospital Al-Islam, pada jam 4.30 petang 27/09/2010. Allahyarham meninggalkan dua balu - Che Bongsu Jusoh dan Aida Zahari - serta 12 orang anak
Allahyarham memenangi kerusi Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.
Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi yang mendapat 3,753 undi.
Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.
Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan pada arwah dan sekalung takziah kepada ahli keluarga beliau.
Subscribe to:
Comments (Atom)